Sunday, March 28, 2010

Jawatan Kosong sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri Selangor -Tarikh tutup 9 APRIL 2010

1. Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah di pelawa memohon kekosongan jawatan berikut:

JAWATAN : PENGARAH EKSEKUTIF
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
GRED : S54


2. TARAF JAWATAN : KONTRAK

3. UMUR : (Pada tarikh iklan ditutup) :

3.1 Calon2 lantikan hendaklah berumur tidak kurang daripada 40 tahun

4. KELAYAKAN AKADEMIK DAN KELAYAKAN LAIN :

4.1 Calon2 mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dari Universiti
Tempatan / Luar Negara atau kelayakan yang setaraf dengannya.
4.2 Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang di iktiraf setarafnya oleh
Kerajaan; dan
4.3 Mempunyai pengalaman luas dalam aspek pengurusan terutamanya hal ehwal dalam
bidang sukan tidak kurang daripada tempoh 5 tahun.

5. CARA MEMOHON

5.1 Calon2 hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan resume dan profil
peribadi(dikemas kini) yang lengkap beserta gambar berukuran pasport.
5.2 Semua pemohonan hendaklah disertakan dengan salinan kad pengenalan,salinan sijil
lahir dan sijil2 (akademik,profesional dan sebagainya) yang berkaitan (Salinan di akui
sah).
5.3 Pegawai2 yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengemukakan borang
permohonan melalui Ketua Jabatan masing2 mengikut Perintah Am Bab A 17.
5.4 Permohonan berikut akan di tolak :

1) Tidak disertai dengan dokumen yang di perlukan
2) Tidak lengkap
3) Tidak memenuhi syarat2 kelayakan
4) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang berkhidmat
5) Tidak disertakan gambar

6. ALAMAT PERMOHONAN DAN TARIKH TUTUP

6.1 Permohonan hendaklah sampai kepada :

YB Setiausaha Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Tingkat 3, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam
(Tel : 03-5544 7478 / 7544)

Sebelum atau pada 9 APRIL 2010

6.2 Hanya calon yang berkelayakan dan didapati sesuai sahaja yang akan di panggil
menghadiri temuduga. Mereka yang TIDAK DIHUBUNGI :

a) selepas sebulan dari tarikh iklan ini ditutup; atau
b) selepas sebulan dari tarikh temuduga

Adalah dianggap TIDAK BERJAYA

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP