Saturday, May 15, 2010

PEGAWAI TADBIR GRED N41 & PENOLONG PEGAWAI TADBIR N72

( 2 Kekosongan): Full Time Job Description :Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
1. PEGAWAI TADBIR GRED N41(KONTRAK) – 1 kekosongan
KEUTAMAAN KEPADA CALON YANG BERKEMAHIRAN DALAM(i) Pengurusan Perniagaan(ii)Perundangan (Perjanjian Korporat, Harta Intelek)(iii)Fasih Berbahasa Inggeris & Bahasa Melayu (Penulisan dan pertuturan)(iv)Pemasaran

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN: Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-(i)terdiri daripada warganegara;(ii)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i)Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau(ii)Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T3); atau(iii)Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N41: P1T4);dan(iv)kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

2. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27(KONTRAK) – 1 kekosongan

KEUTAMAAN KEPADA CALON YANG BERKEMAHIRAN DALAM(i)Pengurusan Perniagaan(ii)Perundangan (Perjanjian Korporat, Harta Intelek)(iii)Fasih Berbahasa Inggeris & Bahasa Melayu (Penulisan dan pertuturan)(i)Pemasaran

SYARAT LANTIKAN DAN KELAYAKAN: Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-(i)terdiri daripada warganegara;(ii)berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(i)Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau(ii)Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27; P1T5) atau(iii)Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada Institusi-Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N27: P1T6) dan(e)Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

CARA MEMOHON: Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 pindaan 2 seperti dilampiran. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan beserta salinan Ijazah, Sijil Pelajaran Malaysia, Kad Pengenalan dan lain-lain sijil yang telah disahkan.

CATATAN AM: Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan ini hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Bahagian Sumber Manusia
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)Kepong,
52109 Kuala Lumpur.

Tarikh tutup permohonan pada : 24 Mei 2010

Job Requirements :Click here to download - Application Form



Location : KUALA LUMPUR

0 comments:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP