Tawaran adalah dibuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan yang disyaratkan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan Juruteknik di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia
Mempunyai Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Politeknik atau institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf dengan mendapat CGPA 3.00 dan ke atas atau memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 (Kimpalan) dari institus-institusi kemahiran yang diiktiraf DAN
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Umur tidak melebihi 30 tahun pada tarikh tutup iklan.
Nota : Calon bagi jawatan Juruteknik (Jurulatih) hendaklah dari kalangan mereka yang berminat dan berkebolehan untuk menjadi tenaga pengajar.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang TNB188C yang boleh didapati di pejabat-pejabat TNB yang berhampiran atau dimuat turun dari laman web TNB.
Tarikh Tutup: 14 Januari 2011
Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Salinan Transkrip & Kelayakan Akademik, Kad Pengenalan, Resume/CV dan dokumen-dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan), dan dialamatkan kepada:
Pengurus Besar
Pengurusan Sumber Manusia
Bahagian Sumber Manusia
Tenaga Nasional Berhad,
Aras 9, Bangunan Ibu Pejabat TNB
No 129, Jalan Bangsar
59200 Kuala Lumpur
***Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat anda.
Hanya pemohon yang telah disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.
Pemohon-pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki melalui sesi-sesi pemilihan dan temuduga untuk menentukan kesesuaian mereka.
Penempatan
Calon-calon yang berjaya akan ditempatkan di TNB Integrated Learning Solution-ILSAS.
Read more...